Penghantar makanan maut rempuh lori rosak tepi jalan

Mangsa maut selepas merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kiri Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur, semalam.
Mangsa maut selepas merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kiri Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan maut selepas merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa yang maut dikenali Muhammad Faizal Yahya, 29.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

"Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan mangsa maut akibat parah di kepala.

Katanya, pihaknya turut mengambil sampel darah dan air kencing pemandu lori terbabit untuk tindakan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: