Korban Covid-19 di Brazil cecah 108,536

Brazil catat 684 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Brazil catat 684 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
A
A
A

SAO PAULO - Brazil mencatatkan 684 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, meningkatkan jumlah korban menjadi 108,536 lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Sementara itu, 19,373 kes baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama dan keseluruhan jumlah jangkitan kini sebanyak 3,359,570.

Sao Paulo terus menjadi pusat penularan wabak menyaksikan 702,665 kes dan 26,899 kematian dilaporkan.

Negeri dengan jumlah kematian kedua tertinggi ialah Rio de Janeiro yang mencatatkan 14,566 korban dan 194,651 kes.

Brazil negara kedua di dunia yang paling teruk diancam Covid-19 selepas Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan: