Mereka ibarat 'pemain catur bertaraf dunia', kata Trump

Gambar dari kiri: Dari kiri, Presiden China, Xi Jinping, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Gambar dari kiri: Dari kiri, Presiden China, Xi Jinping, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Isnin berkata, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un umpama 'pemain catur bertaraf dunia' bersama dengan Presiden Vladimir Putin serta Presiden Xi Jinping dan menyifatkan dirinya yang paling sesuai berurusan dengan mereka.

Trump berkata demikian dengan alasan calon Presiden Demokrat, Joe Biden tidak layak untuk berurusan dengan pemain yang kuat itu, lapor agensi berita Yonhap.

"Putin, Presiden China Xi, Kim Jong-un, (Presiden Turki) Erdogan, mereka semua pemain catur bertaraf dunia," kata Trump semasa melawat ke Wisconsin.

Trump berkata, beliau berjaya menangani pemimpin seperti itu.

"Menurut anda bagaimana dia akan melakukan rundingan, Biden menentang China. Baiklah, tiada siapa yang buat seperti yang saya telah buat dengan China dan Rusia.

"Ingat kita juga akan berperang dengan Korea Utara," kata Trump.

Donald Trump
Donald Trump

Trump dan Jong-un mengadakan sidang kemuncak pertama AS-Korea Utara pada Jun 2018, diikuti yang kedua di Vietnam pada Februari 2019.

Artikel Berkaitan:

Hubungan Washington-Pyongyang, bagaimanapun terhenti sejak sidang kemuncak 2019 yang berakhir tanpa perjanjian.

Sementara itu, Parti Demokrat memulakan konvensyen kebangsaan empat hari bermula Isnin di mana bekas Naib Presiden Biden dijangka menerima pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden pada November.

Parti Republikan pula dijadualkan menganjurkan konvensyennya pada Jumaat. - Bernama