X

Kindly register in order to view this article
!

Tesco komited angkat martabat produk tempatan

Pasar raya Tesco terus unggul membantu mengetengahkan produk-produk PKS bagi membantu ekonomi tempatan.
A
A

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) terus unggul sebagai pasar raya besar yang mengangkat martabat produk-produk buatan tempatan.

Ini terbukti apabila 84 peratus penjualan yang dihasilkan untuk Barangan Berjenama Tesco pada akhir tahun kewangan 2019 adalah daripada produk buatan tempatan.

Ketua Pegawai Operasi Tesco, Sushmita Paul berkata, Tesco sudah lama menjadi penyokong produk dan pembekal tempatan dan ia ditonjolkan dalam penyertaan berterusan dalam kempen Beli Produk Malaysia yang telah berlangsung selama bertahun-tahun di Tesco.

Pengarah Urusan FA International Trade Sdn Bhd, Atie Ahmad (kanan) memberi penerangan kepada Alexander dan Sushmita Paul mengenai produk keluaran syarikatnya di Tesco Extra Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.
Pengarah Urusan FA International Trade Sdn Bhd, Atie Ahmad (kanan) memberi penerangan kepada Alexander dan Sushmita Paul mengenai produk keluaran syarikatnya di Tesco Extra Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.

“Malah lebih daripada 600 pembekal tempatan yang sudah membekalkan ribuan produk ke rangkaian 62 pasar raya dan kedai Tesco di seluruh negara.

“Kami dengan senang hati berkongsi bahawa 84 peratus penjualan yang dihasilkan untuk Barangan Berjenama Tesco pada akhir tahun kewangan 2019 adalah daripada produk buatan tempatan,” katanya ketika berucap sempena Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2020 di Tesco Mutiara Damansara di sini pada Sabtu lalu.

Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2020 telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dr Alauddin Sidal.

Menurut Sushmita, Tesco menempatkan lebih daripada 100 pembekal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di cawangan-cawangannya yang menawarkan pelbagai produk termasuklah pes masakan, produk kecantikan, produk pembersih rumah, manisan dan lain-lain lagi.

“Ini bermakna ada permintaan dan kepercayaan terhadap produk buatan tempatan yang setara atau bahkan lebih baik daripada jenama nasional.

“Kepercayaan dan permintaan untuk jenama tempatan adalah amat penting sekarang untuk membantu menghidupkan semula ekonomi tempatan yang telah terjejas oleh wabak Covid-19,” katanya.

Dari kiri: Pengurus Pemasaran Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd, Abdul Karim Abdul Muthaliff, Alexander dan Sushmita Paul pada pelancaran Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Tesco Extra Mutiara Damansara pada Sabtu lalu.
Dari kiri: Pengurus Pemasaran Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd, Abdul Karim Abdul Muthaliff, Alexander dan Sushmita Paul pada pelancaran Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Tesco Extra Mutiara Damansara pada Sabtu lalu.

Pada program tersebut, Tesco turut meraikan kemasukan tiga PKS baharu ke seluruh cawangan Tesco, selain mengiktiraf 15 PKS cemerlang yang beroperasi di Tesco.

“Tiga PKS baharu yang kami bawa hari ini adalah sebahagian daripada kempen Beli Barangan Malaysia kami yang telah melalui beberapa peringkat penilaian dan telah membuktikan bahawa mereka setanding dari segi kualiti untuk bersaing dengan jenama terkenal.

“Kami percaya bahawa dengan peningkatan berterusan terhadap kualiti produk, pembungkusan dan harga mampu milik, jenama jenama ini juga suatu hari nanti akan terkenal di seluruh dunia,” katanya.

Bazar Bangkit Bersama

Sejajar dengan pemerkasaan keusahawanan, Tesco turut mengambil inisiatif mengadakan Bazar Bangkit Bersama bagi meraikan organisasi yang telah bertungkus lumus membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Bazar Bangkit Bersama adalah sebahagian daripada jangkauan komuniti Tesco di bawah bahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Diadakan pada tiga hujung minggu yang berlainan, dengan yang pertama bermula pada 15 dan 16 Ogos 2020 di Tesco Extra Mutiara Damansara, diikuti oleh Tesco Bukit Mertajam (22 dan 23 Ogos) dan Tesco Bukit Indah (28 dan 29 Ogos), orang ramai dapat menyokong organisasi-organisasi ini melalui pembelian mereka, yang akan digunakan untuk memberi manfaat kepada golongan yang kurang mampu.

Beberapa organisasi yang mengambil bahagian adalah termasuk Caring Moms, Infinite Minds Academy, Giving Bank dan National Cancer Society Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!