Ajinomoto lancar kedai rasmi di Lazada, Shopee

AMB berhasrat untuk memanfaatkan saluran pembelian dalam talian yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini.
AMB berhasrat untuk memanfaatkan saluran pembelian dalam talian yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini.
A
A
A

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (AMB) telah melancarkan Kedai Rasmi Ajinomoto Malaysia di platform e-dagang terkenal iaitu Lazada dan Shopee pada Julai lepas.

AMB dalam satu kenyataan menjelaskan, pelancaran tersebut sejajar dengan norma baharu penggunaan transaksi tanpa tunai yang dianggap lebih selamat, cepat, fleksibel dan selesa.

Justeru, katanya, AMB berhasrat untuk memanfaatkan saluran pembelian dalam talian yang semakin berkembang dengan menyediakan platform digital kepada pengguna untuk membeli produk mereka dengan mudah tanpa mengunjungi kedai fizikal.

“Melalui cara ini pelanggan dapat membeli produk AMB seperti Perencah Umami Aji-No-Moto, Rasa Sifu, Tumix, Seri Aji, Aji-Shio, Pal Sweet, Aji-No-Moto Plus, Aji-Mix’, amino vital dan banyak lagi secara dalam talian

“Dengan hanya beberapa klik sahaja produk AMB yang dipesan akan dihantar terus ke rumah pengguna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, AMB turut mengesyorkan pengguna untuk mengikuti Kedai Rasmi Ajinomoto Malaysia di platform e-dagang disebutkan tadi kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan ditawarkan.

Artikel Berkaitan: