Padah pindah kambing tanpa kebenaran

Ahmad Saufi (gambar kiri) dan Mohd Othman (gambar kanan) mengaku salah memindahkan haiwan tanpa kebenaran di Mahkamah Majistret Jeli hari ini.
Ahmad Saufi (gambar kiri) dan Mohd Othman (gambar kanan) mengaku salah memindahkan haiwan tanpa kebenaran di Mahkamah Majistret Jeli hari ini.
A
A
A

JELI - Padah memindahkan 172 ekor kambing ke dalam treler tanpa kebenaran, seorang pemandu treler didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Jeli di sini hari ini.

Majistret Mohd Zakiqudin Zulkifli mengenakan denda itu terhadap Mohd Othman Mohd Ghazali, 46, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikenakan.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda dan wang tunai hasil jualan ternakan bernilai RM21,000 dilucut hak kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Othman didakwa memindahkan 172 kambing menggunakan treler jenis Mitsubishi tanpa kebenaran bertulis dan Sijil Kesihatan Veterinar daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan atau mana-mana pihak berkuasa.

Kesalahan dilakukan di Kilometer 117 Lebuhraya Timur Barat, Batu Melintang-Gerik di sini pada jam 8.57 malam, 26 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Kelantan, Tuan Azak Tuan Muda.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki, Ahmad Saufi Abdullah, 30, didenda RM4,000 oleh mahkamah sama selepas mengaku salah mengangkut dua kambing dengan kereta jenis Perodua Bezza tanpa kebenaran bertulis dan Sijil Kesihatan Veterinar dari Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan atau mana-mana pihak berkuasa.

Kesalahan dilakukan di Kilometer 95.2 Lebuh Raya Timur Barat di sini pada jam 9 malam, 3 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh turut diarahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda, manakala wang hasil jualan ternakan berjumlah RM100 dilucut hak kepada kerajaan.