Cabaran lebih kompetitif menanti Havertz

Cabaran lebih kompetitif menanti Havertz
Cabaran lebih kompetitif menanti Havertz
A
A
A

BINTANG muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz berkemungkinan kehilangan kualiti sebenar sekiranya gagal menyesuaikan diri dengan atmosfera saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dilihat lebih kompetitif.

Bekas penyerang Arsenal, Lukas Podolski berkata, Havertz bakal berdepan cabaran cukup getir apabila menyarung jersi Chelsea disebabkan EPL jauh berbeza dengan saingan Bundesliga.

“Saya tidak nafikan Havertz memiliki bakat yang hebat. Dia begitu kreatif setiap kali bola berada di kakinya tetapi dia terlalu muda, kita akan saksikan sama ada dia mampu menyerap tekanan atau sebaliknya dalam EPL nanti.

“Saya lihat Havertz masih kurang dari segi kekuatan dan tenaga apabila beraksi pada Bundesliga, namun saingan EPL yang kompetitif akan menyaksikan sama ada dia mampu bertahan atau sebaliknya," katanya.

Podolski yang menyertai Arsenal selepas berhijtah dari kelab FC Cologne pada 2012 berjaya membuktikan kehadirannya memberi impak selama empat musim bersama The Gunners.

Pada musim panas ini, Chelsea dilaporkan akan menandatangani Havertz yang telah menjaringkan 12 gol di pentas Bundesliga musim lalu untuk menggandingkannya dengan seorang lagi muka baharu, Timo Werner.

Mengulas mengenai Werner, Podolski berkata: “Apabila anda beraksi 172 penampilan dengan menjaringkan 78 gol dalam Bundesliga, anda adalah pemain yang bagus.

“Dia pantas dan memiliki rembatan yang bagus. Dia juga banyak minit bermain dan sesuai dengan Chelsea yang dibarisi pemain dan pelapis muda,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: