Remaja bersalah bunuh 23 pelajar, guru tahfiz

Tragedi kebakaran menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz tersebut.
Tragedi kebakaran menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Suasana dalam Mahkamah Tinggi hiba selepas Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkah hukuman penjara kepada remaja lelaki berusia 19 tahun sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Hakim Azman menjatuhkan hukuman itu selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu.

Tertuduh kelihatan menangis dan tersandar di kerusi dalam kamar mahkamah.

Azman menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas kesemua pertuduhan yang dikenakan.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Azman berkata, tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara sehingga diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurutnya, ia selaras dengan keperluan Seksyen 97 (1) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana hukuman penjara itu selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman mati memandangkan ketika kejadian dia berusia 16 tahun.

“Tertuduh didapati dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat untuk membunuh,” katanya.

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi yang sama, memerintahkan remaja itu membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada September 2017.

Artikel Berkaitan:

Sementara seorang lagi remaja yang juga tertuduh kedua, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama oleh mahkamah.

Dua remaja berkenaan yang ketika itu berumur 16 tahun, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz

dalam kebakaran di pusat tahfiz tiga tingkat tersebut.

Dua daripada mangsa yang terkorban merupakan warden di pusat tahfiz itu.

Kejadian berlaku di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, 23 mangsa maut ialah Muhammad Danieal Md. Amin, 14, Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, Muhammad Hasrullah Ismaik, 14, Muhammad Haikal Abdullah, 12, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, Muhammaf Fahmie Abdullah, 11, Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, Muhammad Aiman Ramzanudin, 12, Azkar Dariemi F. Zaska, 8, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, Azkar Abiedi F. Zaska, 11.

Selain itu mangsa lain adalah Umar Al Khatab Helmi, 6, Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11, Muhammad Nizammudin Nasrun, 13, Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11, Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10, Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16, Ahmad Harith Adam Mohd.Nor Hadi, 12, Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13, Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13, Muhammad Zattulah Roslan, 11, Mohd Yusuf Md, 26 (guru) dan Mohd. Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim manakala remaja tersebut masing-masing diwakili peguam, Haijan Omar dan Ravin Jay.