Pensyarah nyaris maut MPV terbalik

Keadaan MPV jenis Toyota Wish dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Teluk Intan dekat Pasir Panjang di sini pagi tadi.
Keadaan MPV jenis Toyota Wish dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Teluk Intan dekat Pasir Panjang di sini pagi tadi.
A
A
A

SEKINCHAN - Seorang pensyarah terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandunya terbalik dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Teluk Intan dekat Pasir Panjang di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi tadi itu, mangsa yang berusia 37 tahun itu dikatakan dari arah Sekinchan menuju ke tempat kerjanya di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang hilang kawalan terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di sebelah kiri jalan sebelum kenderaan itu terbalik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel Berkaitan: