Pemain Manchester United belum matang

Barisan pemain muda The Red Devils gagal menyaingi kematangan Sevilla ketika tewas 2-1 pada aksi separuh akhir Liga Europa di Cologne awal pagi tadi.
Barisan pemain muda The Red Devils gagal menyaingi kematangan Sevilla ketika tewas 2-1 pada aksi separuh akhir Liga Europa di Cologne awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan barisan pemain muda The Red Devils yang mempunyai prospek cerah pada masa depan gagal menyaingi kematangan Sevilla ketika tewas 2-1 pada aksi separuh akhir Liga Europa di Cologne awal pagi tadi.

Menurut pengendali berusia 47 tahun itu, pengalaman gergasi La Liga ternyata mengatasi semangat juang pemain The Red Devils pada perlawanan berkenaan.

"Kebanyakan barisan pemain kami masih muda, rata-ratanya tiga tahun lebih muda daripada pemain-pemain Sevilla.

"Saya rasa anda dapat melihat aneka keseluruhan aksi pada malam ini. Terdapat rasa letih tetapi ada juga pengalaman. Saya rasa jika kita mengambil peluang, kita akan memenangi perlawanan tetapi secara jujur pengakhiran sesuatu perlawanan tidak selalu seperti yang kita harapkan.

"Kami mungkin telah menjaringkan beberapa gol tetapi apabila anda tidak menjaringkan gol daripada peluang yang anda buat, anda tahu anda mungkin akan mengalami malam yang sukar.

"Kami terperangkap pada jeda untuk menjaringkan gol, kami seharusnya menghentikan silang di tempat pertama dan kemudian kami harus menyingkirkannya, tetapi ini sudah musim yang panjang dan kami memerlukan rehat sekarang," katanya.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan gergasi Inggeris itu melabuh tirai musim 2019/20 tanpa sebarang trofi buat pertama kali sejak 1989.

Bruno Fernandes terlebih dulu meletakkan Manchester United di depan sebelum Suso menyamakan kedudukan buat Sevilla pada saingan sengit babak pertama.

Artikel Berkaitan:

Babak kedua menyaksikan anak-anak buah Solskjaer deretan mempersia-siakan peluang terbaik sehingga Luuk De Jong menghukum kealpaan jentera The Red Devils apabila mengesahkan kemaraan bekas juara lima kali itu.

Tambah bekas tonggak The Red Devils itu, kekalahan berkenaan menyebabkan dia terpaksa menilai semula keperluan mendapatkan beberapa pemain baharu bagi memantapkan cabaran kelab bagi saingan musim depan.

"Sejak Februari kami hebat, kami sudah cukup jauh dan sangat menggembirakan untuk bekerja dengan barisan pemain muda Manchester United ini, tetapi apabila anda tewas dalam tiga separuh akhir dalam satu musim, anda tahu anda masih perlu melakukan sesuatu untuk memperbaikinya.

"Kami akan melihatnya selama beberapa minggu ke depan, melihat apa yang dapat kami lakukan untuk menambah kualiti skuad," katanya