Gelaran Tan Sri penghormatan buat KKM: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham menyifatkan anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri merupakan penghormatan kepada semua petugas KKM. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham menyifatkan anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri merupakan penghormatan kepada semua petugas KKM. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri merupakan penghormatan kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, darjah yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam.

"Alhamdulillah. Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik Covid-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara," katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham menerima anugerah pingat kebesaran itu pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Melawati di sini hari ini.

Turut sama menerima Darjah PSM daripada Seri Paduka Baginda ialah Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Jeneral, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Artikel Berkaitan: