Covid-19 di India sudah ragut lebih 50,000 nyawa

Seorang pekerja kesihatan mengumpulkan sampel ujian Covid-19 daripada seorang wanita di pusat pemeriksaan bergerak di New Delhi, India. Foto: Xinhua
Seorang pekerja kesihatan mengumpulkan sampel ujian Covid-19 daripada seorang wanita di pusat pemeriksaan bergerak di New Delhi, India. Foto: Xinhua
A
A
A

NEW DELHI - Korban akibat Covid-19 di India kini melebihi 50,000 orang, iaitu mencecah 50,921 pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua memetik kementerian kesihatan.

Menurut data terbaharu dikeluarkan kementerian, jumlah kes di negara itu meningkat kepada 2,647,663 selepas 57,981 lagi kes baharu dikesan dalam masa 24 jam lalu.

Sebanyak 941 kematian dicatatkan sejak Ahad pagi.

Masih terdapat 676,900 kes aktif di seluruh negara, sementara 1,919,842 orang sudah pulih dan discaj dari hospital.

Selama lebih tiga minggu, terdapat pertambahan melebihi 50,000 lagi kes baharu dalam jumlah keseluruhan. Lonjakan secara tiba-tiba ini disebabkan keupayaan menguji sampel meningkat berkali ganda selama beberapa minggu.

Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sebanyak 30,041,400 sampel diuji sehingga Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: