X

Kindly register in order to view this article
!

Dua rumah, sebuah kereta musnah terbakar

Dua buah rumah dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Jamek Jelutong, Jelutong pagi tadi. -Foto JBPM
A
A

GEORGETOWN - Dua buah rumah kelas B di Jalan Masjid Jamek Jelutong, Jelutong di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fadzil Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi lalu terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan dua buah rumah yang mempunyai keluasan 20x60 kaki persegi dan sebuah kereta Proton Wira.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran pada kedua-dua rumah tersebut adalah 90 peratus manakala 60 peratus pada kereta. Bagaimanapun tiada mangsa terlibat.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.53 pagi dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Operasi turut dibantu BBP Lebuh Pantai, Bayan Baru dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!