Harga barangan asas akan diseragamkan

Rosol Wahid
Rosol Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang untuk memperluas Program Penyeragaman Harga barangan asas bagi membolehkan rakyat di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan terpencil menikmati harga yang sama dengan kawasan bandar.

Timbalan Menterinya, Datul Rosol Wahid berkata, langkah itu diambil bagi menangani isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

Menurutnya, inisiatif dilakukan kerajaan terdahulu untuk menangani isu kos sara hidup dihadapi rakyat akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.

Beliau berkata, kerajaan juga menjalankan program menghapuskan kartel atau monopoli industri supaya wujud persaingan sihat bagi menjamin pengguna membeli barangan pada harga kompetitif.

"Kita melakukan kerjasama mesra dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menghapuskan isu orang tengah melalui platform e-dagang.

"Keduanya, kita menjalin hubungan erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan harga ubat dan kos rawatan tidak melambung," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah terperinci kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution sama ada kerajaan hari ini masih meneruskan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup, Rosol menjelaskan ia masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu mesyuarat peringkat eksekutif telah dijalankan Julai lalu.

"Jawatankuasa Majlis Tindakan Kos Sara Hidup dijangka bermesyuarat September ini dan ini menunjukkan bagaimana usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.