Covid-19: Korban di AS melepasi 170,000

Jumlah kes Covid-19 pada Ahad di Amerika Syarikat (AS) melepasi 5.4 juta dengan angka korban melebihi 170,000 orang.
Jumlah kes Covid-19 pada Ahad di Amerika Syarikat (AS) melepasi 5.4 juta dengan angka korban melebihi 170,000 orang.
A
A
A

BEIJING - Jumlah kes Covid-19 pada Ahad di Amerika Syarikat (AS) melepasi 5.4 juta dengan angka korban melebihi 170,000 orang, menurut Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Di Kenya pula kes positif sudah melebihi 30,000 kata Mutahi Kagwe, Setiausaha Kabinet di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, 271 orang diuji positif virus itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,120.

Di Maghribi, 1,472 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 42,489.

Jumlah kes sembuh meningkat kepada 29,344 pertambahan sebanyak 778 kes.

Sementara itu, jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat 26 kepada 658 orang, kata Penyelaras Pusat Operasi Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Mouad Mrabet.

China turut membantu Maghribi dalam memerangi wabak Covid-19.

Di Ecuador, sejumlah 101,542 kes dan 6,070 kematian dilaporkan sejak wabak maut itu mula dikesan kira-kira lima bulan lepas.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara Andean mencatat 854 kes baharu dan lima lagi kematian. - Bernama