Akses Snapchat percuma khusus untuk pengguna Celcom Xpax

Sehingga 16 September ini, pelanggan Celcom Xpax boleh mendaftar masuk ke Aplikasi Celcom Life dan menebus akses Snapchat tiga bulan percuma.
Sehingga 16 September ini, pelanggan Celcom Xpax boleh mendaftar masuk ke Aplikasi Celcom Life dan menebus akses Snapchat tiga bulan percuma.
A
A
A

CELCOM Xpax menawarkan akses Snapchat percuma selama tiga bulan kepada pelanggan baharu dan sedia ada sempena sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 12 Ogos lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, tawaran dikenali sebagai Kempen Snapchat Celcom Xpax itu adalah kerjasama pihaknya dengan Snapchat dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memperkasa belia Malaysia, sekali gus memberi mereka akses kepada dunia digital untuk menonjolkan kreativiti masing-masing.

Idham
Idham

“Sehingga 16 September ini, pelanggan Celcom Xpax boleh mendaftar masuk ke Aplikasi Celcom Life dan menebus akses Snapchat tiga bulan percuma.

“Dalam tempoh ini, mereka boleh menikmati keajaiban Snapchat dan bebas untuk mengekspresikan diri, berkongsi momen bersama rakan dan keluarga tanpa perlu bimbang menggunakan data mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama berterusan Celcom dengan MDEC melalui pelbagai inisiatif membolehkan Celcom merapatkan jurang inovasi digital dan mendorong penggunaan digitalisasi yang berkembang pesat yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Selain itu katanya, ia juga meningkatkan ekosistem digital ketika negara berada dalam fasa pemulihan dan pengguna juga disarankan untuk kekal selamat di rumah dan senantiasa berhubung dengan tersayang.

Artikel Berkaitan: