Inter Milan tetap waspada taktikal Shakhtar Donetsk

Lukaku antara taruhan Inter Milan apabila berdepan Shakhtar Donetsk.
Lukaku antara taruhan Inter Milan apabila berdepan Shakhtar Donetsk.
A
A
A

GERGASI Serie A, Inter Milan tidak akan memandang mudah cabaran Shakhtar Donetsk apabila turun menentang kelab Ukraine itu pada saingan separuh akhir Liga Europa di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf.

Menurut tonggak pertahanan Inter, Danilo D'Ambrosio: “Kami mula mengkaji teliti status keupayaan Shakhtar pada saingan peringkat ini dan mendapati mereka memiliki kekuatan tersendiri terutamanya keupayaan individu yang tinggi semasa di padang.

“Mereka mengamalkan corak permainan pantas dan begitu teknikal dalam menggerakkan bahagian depan yang memberikan impak positif dalam saingan Liga Juara-Juara sejak beberapa musim ini.

“Kepantasan jentera bahagian sayap mereka ternyata memberi kelebihan dalam mengatasi pesaing lain, namun begitu kami akan lebih kompak baik secara defensif dan menyerang dalam menghadapi mereka sebagai satu pasukan.”

Pemain berusia 31 tahun itu juga percaya Romelu Lukaku antara yang akan menjadi kunci utama kepada Nerazzurri dalam misi melakar kemenangan pada perlawanan berkenaan.

“Lukaku adalah penyerang yang hebat selain Lautaro Martínez dan Alexis Sánchez dan saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh jurulatih bahawa Romelu melakukan perkara yang luar biasa kepada Inter Milan pada musim ini.

“Lukaku kuat secara fizikal dan kami akan berusaha memanfaatkan kelebihannya terutama di kawasan lawan. Apapun sebenarnya pencapaian kelab adalah hasil kerjasama anda tidak boleh mara sejauh ini hanya dengan kekuatan individu,” katanya.

Artikel Berkaitan: