Soniaa tahan sakit untuk bergelar juara

Soniaa Cheah
Soniaa Cheah
A
A
A

Pengorbanan menahan rasa sakit di buku lali nyata berbaloi buat pemain badminton perseorangan wanita negara Soniaa Cheah, apabila muncul juara perseorangan wanita bagi Kejohanan Jemputan Tertutup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Menurut Soniia, dia terpaksa menyembunyikan rasa sakit di kedua-kedua bulu lalinya itu bagi meneruskan permainan sebelum menang menewaskan Eoon Qi Xuan 21-16, 25-23 dalam tempoh 42 minit.

“Ketika perlawanan di set kedua, sakit di buku lali saya semakin kuat, tetapi saya tetap meneruskan permainan kerana bimbang jika perlawanan berlarutan hingga ke rubber-set.

“Bagaimanapun saya tetap bertenang untuk menamatkan perlawanan di set kedua dan akhirnya saya berjaya menamatkannya pada perlawanan itu,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kejohanan berkenaan dianjurkan bagi memastikan pemain kebangsaan terus kekal aktif akibat pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa berikutan pandemik Covid-19.

Selain itu, kejohanan berkenaan dianjurkan secara tertutup (tanpa kehadiran penyokong) dan menggunakan format pertandingan liga 21-14, 21-17 satu pusingan dan dibahagikan kepada Divisyen 1 dan Divisyen 2.

Artikel Berkaitan: