X

Kindly register in order to view this article
!

Penguat kuasa perlu amanah, jaga integriti

Tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman.
A
A

GARA-GARA video pendedahan Asri Janggut, seorang Pengarah Jabatan Penguat kuasa Manjlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tujuh penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh.

Susulan daripada pendedahan video itu juga, MBSA telah melancarkan operasi besar-besaran secara bersepadu melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor bagi membersihkan kawasan tersebut.

Ada peniaga yang marah kerana perniagaan mereka terjejas ekoran operasi yang dilakukan MBSA itu, tetapi ada juga akur.

Namun begitu tindakan MBSA itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan pihak berkuasa tempatan itu menjalankan tanggungjawab mereka. MBSA serta pihak berkuasa tempatan yang lain adalah agensi yang diberikan amanah untuk membantu kerajaan dan rakyat dalam melancarkan urusan pentadbiran setempat.

Adalah menjadi tanggungjawab untuk setiap institusi melaksanakan tugas mereka dengan penuh amanah dan berintegriti.

Kakitangan penguatkuasaan perlu ada kecekalan diri bagi menghadapi cabaran semasa yang tidak mungkin dapat dibendung dengan ketegasan undang-undang semata-mata.

Bersikap tidak adil atau menjalankan tugas tanpa integriti bukan sahaja memberi masalah kepada kerajaan, malah memberi persepsi negatif kepada masyarakat.

Penguat kuasa tidak boleh bersikap seperti kata pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Kelemahan dari segi integriti dan amanah dalam kalangan pasukan penguatkuasa menyebabkan berlakunya penyelewengan.

Namun dalam ketegasan menjalankan amanah dan tanggungjawab, penguat kuasa juga perlu menggunakan cara berhemah dan menang-menang seperti yang disarankan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!