Armada Pokok Sena sokong pimpinan Muhyiddin

Ketua Bersatu Bahagian Pokok Sena, Muhamad Amri Wahab (dua dari kiri) hadir merasmikan Persidangan Armada Bahagian Pokok Sena di Dewan Seri Tanjung, Santap, Pokok Sena kelmarin. Turut kelihatan Ketua Armada Pokok Sena, Asyraf Abdul Majid (empat dari kanan). - Foto ARMADA POKOK SENA
Ketua Bersatu Bahagian Pokok Sena, Muhamad Amri Wahab (dua dari kiri) hadir merasmikan Persidangan Armada Bahagian Pokok Sena di Dewan Seri Tanjung, Santap, Pokok Sena kelmarin. Turut kelihatan Ketua Armada Pokok Sena, Asyraf Abdul Majid (empat dari kanan). - Foto ARMADA POKOK SENA
A
A
A

POKOK SENA - Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pokok Sena menyatakan sokongan tidak berbelah bahagia kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun kini berlaku fenomena ahli keluar parti.

Ketua Penerangan Armada Bahagian Pokok Sena, Mohd Tarmizi Yahya berkata, pihaknya akan terus kekal menyokong kepimpinan selagi tidak menyimpang daripada perlembagaan parti dan negara.

Menurutnya, hasil Persidangan Armada Bahagian Pokok Sena tiga hari lalu, perwakilan dari 11 cawangan sayap parti di bahagian tersebut menyatakan kesetiaan kepada kepimpinan Bersatu.

"Tiada sebab untuk kami keluar parti seperti ada yang berlaku di bahagian-bahagian lain. Bagi yang keluar parti itu adalah hak masing-masing.

"Di bahagian ini juga terdapat ura-ura bahawa akan ada yang mahu keluar parti dan kami tidak membantah. Kami hormati keputusan mereka kerana negara kita mengamalkan konsep demokrasi," katanya ketika ditemui di Pekan Pokok Sena dekat sini.

Mohd Tarmizi berkata, Armada Pokok Sena juga menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa Muhyiddin adalah pengkhianat kepada parti tetapi sebaliknya pengasas bersama beberapa individu lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, berhubung penyertaan Bersatu di dalam Muafakat Nasional (MN) beliau berkata, pihaknya menyokong penuh usaha tersebut yang dilihat mampu memperkuatkan lagi kerjasama di antara kaum Melayu dan Islam di negara ini.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Muhyiddin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju untuk menyertai MN.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri itu dalam satu rakaman video berkata, ia adalah pilihan terbaik untuk Bersatu kerana penyatuan dengan UMNO dan Pas itu akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara.