Langkah terbaik hadapi PRU15

Hanafi Zulkapli
Hanafi Zulkapli
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) yang disifatkan sebagai langkah kerjasama terbaik dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemudanya, Hanafi Zulkapli berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka apa yang diputuskan oleh kepimpinan pusat mengenai perkara tersebut.

"Penyertaan Bersatu dalam MN sekali gus merupakan langkah terbaik dalam menghadapi PRU15. Kami menyambut baik apa yang diputuskan peringkat pusat mengenai penyertaan Bersatu ini.

"Kerjasama ini sekali gus mengukuh serta menguatkan kesepakatan dalam MN itu sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pemuda Pas Selangor kali ke-54 di Sungai Buloh di sini hari ini.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'.

Muhyiddin berkata, beliau percaya penyertaan dalam MN adalah pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara ini.

Artikel Berkaitan: