Pas yakin Muafakat Nasional mampu rampas Selangor

Roslan
Roslan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor yakin Muafakat Nasional (MN) mampu merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausahanya, Roslan Shahir berkata, pihaknya bersama seluruh jentera serta parti dalam MN sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.

"Saya rasa dalam keadaan kerajaan negeri tak berapa sempurna dalam mentadbir, rakyat mahukan mandat baharu. Tak pernah ada dalam negeri di Malaysia ini, Timbalan Speakernya keluar parti. Begitu juga Exco Kerajaan Negeri keluar parti.

"Soal PRU15 secara mengejut, bagi saya yang patut mengadakan pilihan raya mengejut adalah di Selangor, bukan di peringkat persekutuan," katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pemuda Pas Selangor kali ke-54 di Dewan Grand Airiz, Sungai Buloh di sini hari ini.

Terdahulu, Pemuda Pas Selangor mengadakan muktamarnya yang dihadiri oleh wakil pemuda Pas di semua kawasan di negeri ini.

Turut hadir, beberapa pimpinan parti lain seperti UMNO, MIC, MCA dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), serta wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan: