Vierge fokus perlumbaan sebenar

Xavi (hadapan) dan Dixon azam berikan tunggangan terbaik hari ini
Xavi (hadapan) dan Dixon azam berikan tunggangan terbaik hari ini
A
A
A

Pelumba Moto2 Petronas Yamaha SRT, Xavi Vierge mahu melupakan sesi ujian kelayakan bagi Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg sebaliknya memberikan fokus kepada perlumbaan sebenar hari ini.

Vierge berkata, biarpun telah mengharungi tempoh saingan yang sukar untuk layak ke perlumbaan sebenar hari ini, dia yakin pasukannya telah bersedia untuk mengharungi perlumbaan hari ini biarpun berlangsung dalam hujan.

"Sesi ujian bebas yang pertama tidaklah begitu mengecewakan tetapi kami perlu lakukan sesuatu untuk memperbaikinya. Pada sesi kedua ia nampak lebih baik dan kami kian menghampiri petak di hadapan.

"Bagaimanapun, kami masih perlu untuk meneruskan momentum terbaik hari ini dam kami akan cuba dapatkan mata pada perlumbaan kali ini.

"Pada sesi ujian semalam, saya mula rasa yakin dan langkah kami juga makin baik untuk mengharungi perlumbaan hari ini tanpa mengira sama ada hujan atau tidak," katanya.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Jake Dixon berkata, keadaan di Litar Red Bull kali ini agak sukar berikutan keadaan cuaca yang sukar diramal.

Bagaimanapun jika perlumbaan hari ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik (kering), saya yakin mampu menamatkan perlumbaan pada kedudukan terbaik.

"Saya telah melihat kepada kesemua data mengenai pasukan ini dan mendapati kita memang perlu meningkat, baik dari segi jentera dan juga pelumba.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya saya berasa yakin dengan persediaan kami untuk mendapatkan keputusan terbaik pada perlumbaan hari ini," katanya.