Nasihat Syed Saddiq kepada Wan Ahmad Fahysal

Gambar Syed Saddiq bersama bekas jawatankuasa kepimpinan Armada yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.
Gambar Syed Saddiq bersama bekas jawatankuasa kepimpinan Armada yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan agar penggantinya, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal mengemudi sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan baik.

Syed Saddiq berkata, tanggungjawab dan amanah yang diberi kepada Wan Ahmad Fahysal menerusi kemenangan dalam pemilihan parti yang terbaharu itu perlu dilaksanakan dengan cermat.

Menurutnya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Belia Sukan itu atas kemenangan berkenaan.

"Saya ucapkan tahniah kepada pimpinan Armada yang baharu terutamanya kepada Wan Ahmad Fayhsal dan Ceasar Mandela Malakun sebagai Ketua dan Naib Ketua Armada.

"Bawalah tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan cermat. Gunakan peluang yang ada untuk mengemudi Armada dengan baik," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Menerusi hantaran itu, bekas bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut memuat naik sekeping foto bersama jawatankuasanya ketika masih menerajui sayap itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Ahmad Fayhsal ganti Syed Saddiq

Pemilihan Bersatu bagi jawatan Ketua Armada yang berakhir semalam memihak kepada Wan Ahmad Fayhsal yang berjaya menewaskan pencabarnya Exco Armada, Muzzamil Ismail.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Ceasar Mandela yang menewaskan empat calon lain iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang juga bekas Exco Pendidikan Armad, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Syed Saddiq turut mengucapkan tahniah kepada Muzzammil dan Ashraf Mustaqim.

"Sumbangan anda wajar diteruskan untuk Armada.

"Walaupun saya tidak lagi bersama-sama keluarga Armada, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua," katanya.