Manchester City masih belum sempurna

De Bruyne (tiga kanan) meraikan jaringan penyamaan Manchester City ketika mementang Lyon di Estadio Jose Alvalade, Lisbon.
De Bruyne (tiga kanan) meraikan jaringan penyamaan Manchester City ketika mementang Lyon di Estadio Jose Alvalade, Lisbon.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola yakin The Citizens akan melepasi peringkat suku akhir saingan Liga Juara-Juara pada masa depan selepas ditunjukkan jalan keluar kelab Ligue 1 Perancis, Lyon 3-1 pada aksi di Estadio Jose Alvalade awal pagi tadi.

Menurut pengendali berusia 49 tahun itu, dia optimis The Citizens akan mengakhiri kemarau ke pentas separuh akhir saingan berprestij utama kelab Eropah berkenaan biarpun ini kali ketiga kelab Inggeris berkenaan gagal melangkah ke kelompok lapan terbaik kejohanan.

“Saya yakin suatu hari nanti Manchester City akan mengatasi jurang ini dengan melepasi peringkat suku akhir dalam pertandingan sehebat ini. Statistik menunjukkan bahawa kami bagus, kami melakukan lebih banyak daripada yang lain dari semua segi.

“Tapi secara jujur kami masih belum sempurna dalam pertandingan ini kerana untuk mara anda perlu sempurna setiap bahagian biarpun pada babak kedua kami tampil positif lebih baik menyaingi kekuatan lawan.

“Saya tidak mahu membicarakan situasi gol Moussa Dembele, seolah-olah seperti saya mengeluh atau mencari alasan. Apapun kami tampil di padang dan melakukan banyak perkara positif, namun pada akhirnya itu kualiti masih belum mencukupi,” katanya.

Pada aksi di Estadio Jose Alvalade itu, Maxwel Cornet terlebih dulu meletakkan Lyon di depan pada babak pertama, namun jaringan penyamaan Kevin De Bruyne kembali menyalakan semula harapan Manchester City sebelum Moussa Dembele menamatkan sisa perjuangan The Citizens dengan dua gol bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Pada masa sama bekas pengendali Bayern Munich dan Barcelona itu mengakui bahawa anak-anak buahnya melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan di Lisbon berkenaan.

“Kami melakukan beberapa kesilapan ketika berada dalam kotak penalti yang sepatutnya dimanfaatkan, itulah sebabnya kami masih berada di luar lapan terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Kami tahu bahawa kami dapat melakukan banyak perkara positif dalam perlawanan ini tetapi kami harus bersikap serius apabila setiap kali berada dalam kotak penalti.

“Kami menjaringkan gol yang luar biasa tetapi sayangnya kami ketinggalan satu lagi. Anda harus sempurna, anda tidak boleh melakukan kesalahan pada fasa ini,” katanya.

Guardiola juga mengakui pemain-pemain The Citizens sememangnya kecewa dengan keputusan itu tetapi mereka akan diberi masa untuk berehat sebelum menumpukan persiapan bagi saingan musim depan.

“Ya tentu sahaja pemain saya sedang bersedih, tapi sekarang kita akan melalui proses emosi ini kerana ia adalah sebahagian dari permainan,” katanya.