97 ditahan dalam ops bersepadu di Nilai

Antara yang ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Samseng Jalanan dan Ops Motosikal di Jalan Persiaran Pusat Bandar Nilai dekat sini pagi tadi.
Antara yang ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Samseng Jalanan dan Ops Motosikal di Jalan Persiaran Pusat Bandar Nilai dekat sini pagi tadi.
A
A
A

NILAI - Seramai 97 individu ditahan dalam Ops Bersepadu Cegah Samseng Jalanan dan Ops Motosikal di Jalan Persiaran Pusat Bandar Nilai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Noor Marzukee Besar berkata, sebanyak 150 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang diadakan bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi itu.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 30 tahun itu melakukan kesalahan antaranya tiada lesen kenderaan, tiada cermin sisi, ubahsuai motosikal dan lain-lain.

"Sebanyak 113 saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Bagi kenderaan yang melibatkan pengubahsuaian tanpa kebenaran, dibawa ke balai polis trafik Nilai untuk tindakan lanjut sebelum kesemua mereka dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam operasi yang diadakan bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi itu, sebanyak 150 kenderaan telah diperiksa.
Dalam operasi yang diadakan bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi itu, sebanyak 150 kenderaan telah diperiksa.

Mohd Noor Marzukee berkata, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, pihaknya akan melakukan operasi sedemikian dengan lebih kerap bagi memastikan daerah Nilai ini bebas daripada sebarang aktiviti jenayah termasuk samseng jalanan.

Artikel Berkaitan: