Amir Khusyairi janji tak 'hilang'

Amir Khusyairi berswafoto bersama penduduk pada program walkabout Felda Trolak Utara hari ini.
Amir Khusyairi berswafoto bersama penduduk pada program walkabout Felda Trolak Utara hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berjanji tidak akan ‘hilang’ sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kali ini.

Menurutnya, beliau akan memegang amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan berbuat demikian kepada pengundi di DUN ini.

“Saya takkan berbuat begitu. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, kita kena ingat ia bukan sesuatu perkara yang dibanggakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Khusyairi tekad tarik undi anak muda

“Bila dipilih, kita memegang mandat atau janji atau amanah yang orang beri kepada kita. Agama menjaga kita untuk pegang amanah sebaiknya dan saya diajar begitu. Jadi, saya tidak akan berbuat begitu,” katanya.

Amir Khusyairi (dua dari kanan) bersama Dr Maszlee Malik bertemu dengan penduduk pada program walkabout Felda Trolak Utara hari ini.
Amir Khusyairi (dua dari kanan) bersama Dr Maszlee Malik bertemu dengan penduduk pada program walkabout Felda Trolak Utara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab luahan anak muda yang ditemui pada program walkabout Felda Trolak Utara di sini hari ini.

Amir Khusyairi berkata, hasil pertemuan bersama penduduk mendapati rakyat memerlukan perhatian terutama isu infrastruktur dan beberapa isu tempatan.

Artikel Berkaitan:

“Kita ada beberapa isu tempatan perlu diketengahkan memandangkan PRK kali ini mendapat liputan meluas.

“Trolak ada isu tempatan perlu diselesaikan seperti banjir yang kerap berlaku. Ia perlu diambil dan ditangani segera selain isu fasiliti dan sebagainya,” katanya.