'Mukhriz ketinggalan 20 tahun ke belakang...'

Annuar - Foto fail Bernama
Annuar - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketinggalan 20 tahun ke belakang dalam memahami politik baharu dibawa Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, MN telah berhijrah dengan menggunakan konsep ta'awun dan ta'ayush.

"Kita dah tidak pakai sistem politik lama, sekarang kita dah berhijrah jauh ke depan menggunakan politik yang diistilahkan politik ta'awun dan ta'yush.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sertai MN keputusan luar biasa: Mukhriz

"Konsep ta'awun iaitu daripada bergaduh kepada bekerjasama dan ta'ayush iaitu hormati prinsip co-existence (kewujudan bersama)," katanya selepas menyampaikan lesen penjaja kepada peniaga di Batu Muda hari ini.

Annuar (tengah) ditemui selepas menyampaikan lesen penjaja kepada peniaga di Batu Muda hari ini.
Annuar (tengah) ditemui selepas menyampaikan lesen penjaja kepada peniaga di Batu Muda hari ini.

Semalam, Mukhriz yang mempersoalkan kesediaan MN untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi MN.

Ia susulan pengumuman Muhyiddin selaku Presiden Bersatu mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung PN sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'.

Artikel Berkaitan:

Annuar berkata, tidak timbul soal perebutan jawatan tersebut melalui konsep yang diamalkan dalam politik baharu.

"Untuk Pejuang bolehlah pakai model lama, bapa pengerusi lantik anak jadi presiden. Kena tiru model MN, bertoleransi, tiada masalah.

"Tak timbul soal berebut siapa nak jadi pengerusi, tiga-tiga boleh jadi pengerusi. Mukhriz belajarlah model baharu," katanya.

Katanya, walaupun BN mempunyai kerusi paling banyak namun parti itu tetap menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.