Super KIP sasar tamatkan perlumbaan

Khairul Idham (depan) dan McPhee berazam berikan yang terbaik hari ini. - Foto Petronas SRT
Khairul Idham (depan) dan McPhee berazam berikan yang terbaik hari ini. - Foto Petronas SRT
A
A
A

PELUMBA Moto3 Petronas Yamaha SRT Khairul Idham Pawi (Super KIP) tetap menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring di Spielberg hari ini pada kedudukan terbaik.

Menurut Khairul Idham, biarpun berdepan kesukaran kerana masih merasai kesakitan di bahagian tangan (jari) kanan namun dia percaya mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

Malah katanya, bermula dari petak belakang juga diharap tidak menghalangnya untuk memberikan tunggangan terbaik hari ini dan seterusnya menamatkan perlumbaan kali ini.

“Sesi ujian kelayakan semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) memang agak sukar untuk saya kerana masalah kecederaan di tangan (jari) kanan saya.

“Saya masih merasai kesakitan terutamanya ketika membrek di beberapa selekoh dan perkara seperti itu nyata tidak membantu ketika ini.

“Apa pun, kami akan cuba memberikan yang terbaik pada perlumbaan hari ini,” katanya.

Sementara itu rakan sepasukannya John McPhee berharap dapat melakukan sesuatu pada perlumbaan kali ini dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan yang terbaik.

Katanya, biarpun agak sukar namun percaya pasukannya berada dalam keadaan yang baik bagi mengharungi perlumbaan hari ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami dalam keadaan yang baik dan saya sendiri sudah tidak bersabar untuk memulakan perlumbaan hari ini,” katanya.