Klinik pesakit luar Hospital Pantai Sungai Petani ditutup sementara

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Perkhidmatan klinikal untuk klinik pesakit luar Hospital Pantai Sungai Petani masih ditutup sementara bagi meneruskan proses nyah kuman dan operasi sanitasi di seluruh kawasan terjejas susulan terdapat kes pesakit hospital itu positif Covid-19.

Hospital Pantai Sungai Petani dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan klinikal untuk pesakit luar ditutup sehingga Selasa depan dan hanya menyediakan perkhidmatan untuk kes kecemasan.

Menurutnya, proses nyah kuman dan sanitasi dilaksanakan sebagai langkah pencegahan tambahan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti selain membuat pemantauan ketat bagi melindungi kakitangan, pesakit dan pelawat.

"Hospital Pantai Sungai Petani dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan proses pengesanan kontak segera sejurus kes pertama koronavirus (Covid-19) dilaporkan pada Rabu lalu di hospital terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit positif Covid-19, Hospital Pantai lakukan proses nyahkuman

"Sejak kes pertama dilaporkan, pengesanan kontak telah dilakukan dan mereka yang dikenal pasti berisiko telah pun dimaklumkan dan dikendalikan dengan sewajarnya," katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Hospital Pantai Sungai Petani mengesahkan terdapat dua kes jangkitan Covid-19 termasuk salah seorang daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di situ.

Pesakit berkenaan menerima rawatan di wad bagi sakit jantung pada 8 Ogos lalu telah menjalani saringan Covid-19 setelah didapati mempunyai simptom jangkitan.

Artikel Berkaitan:

Hasil saringan ke atas lelaki berusia 53 tahun itu disahkan positif.

Satu lagi kes membabitkan penjawat awam yang mendapatkan rawatan ke hospital sama akibat sakit tekak dan demam, keputusan saringan juga mendapati lelaki terbabit positif Covid-19.