Klopp dalam kelas tersendiri

Jurgen Klopp dinobatkan Pengurus Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.
Jurgen Klopp dinobatkan Pengurus Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp dinobatkan Pengurus Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah mengalahkan Pengurus Chelsea, Frank Lampard; Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dan Pengurus Sheffield United, Chris Wilder.

Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 53 tahun itu yang memberi inspirasi kepada The Reds untuk merangkul kejuaraan EPL pertama dalam 30 tahun, meraih 99 mata sekali gus meninggalkan pesaing terdekat yang juga penyandang juara Manchester City dengan 18 mata.

Berita itu muncul selepas Trent Alexander-Arnold dinobatkan Pemain Muda Terbaik Tahunan EPL pada Jumaat.

Klopp sebelum ini memenangi anugerah Pengurus Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) bulan lalu setelah menewaskan pengendali Leeds United, Marcelo Bielsa; Wycombe Wanderers; Gareth Ainsworth dan Wilder.

Selain mendakap trofi kejuaraan EPL, Klopp membawa The Reds menjulang Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab selain masih berstatus penyandang juara Liga Juara-Juara dimenangi tahun lalu.

Klopp berdepan persaingan sengit dengan Lampard yang membimbing The Blues ke tempat ketiga di kempen pertamanya di Stamford Bridge, Rodgers pula mengejutkan apabila membawa The Foxes ke tempat kelima manakala Wilder mengemudi The Blades pada musim pertama saingan elit Inggeris di tempat kesembilan.

Kemenangan Klopp itu tidak mengejutkan apatah lagi beliau berjaya mengubah The Reds menjadi antara kelab terbaik dunia.

"Secara jujur, saya sebenarnya tidak pernah segembira ini... saya tidak terfikir memimpikan sesuatu seperti ini dan tidak pernah merasainya tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tiga tahun sebelum ini kami tidak cukup hampir, tahun lalu kami begitu hampir. Apa yang dilakukan pemain-pemain Liverpool dalam dua setengah tahun terakhir, iaitu konsistensi mereka sangat luar biasa dan tidak ada tandingannya."

Bagaimanapun belum jelas sama ada Klopp mampu menginspirasikan anak-anak buahnya dalam mempertahankan kejuaraan pada ketika Manchester City, Manchester United dan Chelsea dijangka terus memberikan tekanan sepanjang saingan musim depan