Pentadbir sekolah perlu pastikan Jalur Gemilang dipasang betul

Muslimin (tiga dari kiri) hadir pada Majlis Perasmian Program Konvoi OIW Merdeka 2020 Selangor di Stadium Sungai Besar hari ini.
Muslimin (tiga dari kiri) hadir pada Majlis Perasmian Program Konvoi OIW Merdeka 2020 Selangor di Stadium Sungai Besar hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Pentadbir sekolah dinasihatkan memastikan sesiapa sahaja yang memasang Jalur Gemilang di sekolah perlu mengibarkannya dengan cara yang betul.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, sesiapa sahaja dibenarkan untuk memasang Jalur Gemilang bagi memastikan insiden yang menyentuh sensitiviti masyarakat tidak berulang lagi.

"Kalau di sekolah, pentadbiran sekolah (boleh) arahkan (pemasangan Jalur Gemilang) sama ada guru atau pun sesiapa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Konvoi Info On Wheels (IOW) Merdeka 2020 Negeri Selangor di Dataran Tonggak 9 Stadium Sungai Besar, di sini hari ini.

Muslimin berkata, isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang berlaku di sekolah disebabkan faktor kecuaian.

"Tanggungjawab pentadbir sekolah memastikan pemasangan bendera dengan cara betul kerana ia menunjukkan semangat patriotisme dan cintakan bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: