Budak enam tahun berotot curi perhatian

Arat semakin terkenal dan memiliki 4.1 juta pengikut di Instagram.
Arat semakin terkenal dan memiliki 4.1 juta pengikut di Instagram.
A
A
A

LIVERPOOL - Seorang kanak-kanak lelaki dari Iran berjaya mencuri perhatian netizen kerana fizikalnya yang berotot

Difahamkan Arat Hosseini, 6, telah dilatih sejak kecil oleh bapanya, Mohammad, lapor New York post.

Mohammad mendedahkan anaknya itu mula melakukan gimnastik ketika berusia sembilan bulan lagi dan Arat sudah mampu memanjat dinding di rumahnya ketika usia tiga tahun.

Nama Arat semakin dikenali ramai selepas bapanya memuat naik beberapa video Arat di Instagram dan setahun selepas itu Mohammad memuat naik video Arat bermain bola sepak.

Memiliki lebih 4.1 juta pengikut di Instagram, Arat difahamkan telah berhubung dengan pemain bola sepak terkenal yang juga idolanya, Lionel Messi.

Kata Arat, dia mahu bermain bola sepak untuk kelab Barcelona juga, seperti Messi.

Kini difahamkan mereka sekeluarga tinggal di Liverpool iaitu tempat Arat berlatih bersama Akademi Liverpool.

Artikel Berkaitan: