X

Kindly register in order to view this article
!

Berkelah bersama beruang

Beruang hampiri keluarga Kaitlyn dan 'berkelah' bersama. - Foto Mirror
A
A

NEW YORK - Sebuah keluarga dari Maryland mempunyai pengalaman berkelah yang tidak dapat dilupakan apabila ditemani seekor beruang liar bersaiz besar.

Gelagat beruang besar yang duduk bersama mereka di kerusi makan itu tular selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini, lapor Mirror.

Kaitlyn Nesbit, 29, berkata, ketika kejadian, ahli keluarganya tidak bergerak sebaliknya berdiam diri walaupun beruang itu menghampiri mereka.

"Kami bimbang jika dicederakan tetapi ia berlaku sebaliknya. Haiwan itu bersahaja dan mengambil makanan kami," katanya.

Dalam rakaman 30 saat itu, kedudukan beruang sangat rapat dengan mereka namun tiada perkara buruk berlaku, malah salah seorang daripada mereka sempat berswafoto dan cuba menggosok manja hidung haiwan berkenaan.

Difahamkan, beruang itu jinak dan tidak pernah mengganggu sesiapa, pertemuan itu juga berakhir dengan aman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!