Armada kena 'boo', Annuar sifatkan tidak wajar

Ciapan Annuar di Twitter berhubung insiden yang menimpa wakil Armada pada majlis pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini.
Ciapan Annuar di Twitter berhubung insiden yang menimpa wakil Armada pada majlis pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan layanan kurang menyenangkan yang dilaporkan berlaku kepada wakil Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada majlis pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini tidak sepatutnya terjadi.

Katanya, beliau berharap insiden itu tidak benar, namun jika benar ia amat tidak wajar.

"Mungkin kerana suasana 'gallery' dan ada yang 'play to the gallery'.

"Penyatuan bukan sesuatu yang mudah, namun kita harus sabar dan perkukuhkan solidariti," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Selain itu, Annuar turut menyatakan permohonan maaf di atas apa yang berlaku.

"Maaf kiranya ada yang tidak kena. Kita tumpu PRK secara berpasukan," ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK DUN Slim: Armada Bersatu tak terasa hati kena 'boo'

Terdahulu, hadirin yang terdiri daripada penyokong BN dilaporkan bersorak 'boo' sebaik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Muafakat Nasional secara rasmi.

Artikel Berkaitan:

Sorakan 'boo' berterusan apabila Ahmad Zahid mengingatkan Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK kali ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dilihat turut memberi reaksi menyindir terhadap insiden yang berlaku.

Beliau berkongsi pautan berita yang melaporkan insiden menimpa wakil Armada di Twitter dengan ciapan ringkas, "Harga sebuah 'perikatan'?"