Peras RM10,000, ugut sebar video bogel

PDRM
PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Dua sekawan diberkas di Kuala Lumpur semalam selepas dipercayai melakukan pemerasan sejumlah wang RM10,000 terhadap seorang wanita.

Suspek bertindak sedemikian selepas menghantar satu pesanan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali kepada mangsa meminta wang terbabit jika tidak mahu video bogelnya disebar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, susulan itu mangsa telah membuat laporan polis pada jam 6.50 petang, Ahad lalu.

"Siasatan mendapati, mangsa sebelum ini pernah membuat panggilan video melalui aplikasi WeChat dengan seorang individu yang dikenali sebagai 'Tam Tam'.

"Menerusi video berkenaan, mangsa berusia 22 tahun mengakui ada membuat aksi bogel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, dua suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 27 dan 30 tahun telah diberkas kira-kira jam 8.50 malam.

Katanya, kedua-dua suspek telah direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Artikel Berkaitan: