MRSC aktif operasi SAR cari nelayan hilang

Lai Yoon Khong
Lai Yoon Khong
A
A
A

MERBOK - Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang nelayan dipercayai telah hilang sejak dua hari lalu di Tanjung Dawai, dekat sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa iaitu Lai Yoon Khong,41, dipercayai tidak dapat dihubungi oleh waris mangsa setelah keluar ke laut untuk menangkap ikan pada Rabu lalu.

Menurutnya, operasi SAR telah diaktifkan pada jam 3.00 petang semalam melibatkan sebuah kapal daripada Maritim Malaysia, sebuah kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, sebuah bot daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, sebuah bot milik Pasukan Polis Marin dan beberapa buah bot nelayan tempatan.

"Operasi disambung seawal jam 7 pagi tadi dan semua agensi terlibat diberi taklimat di Jeti awam Tanjung Dawai sebelum operasi cari diteruskan.

"Sektor pencarian dibahagikan kepada empat berdasarkan aset-aset yang terlibat Kawasan pencarian melibatkan keluasan 164 batu nautika dari lokasi kejadian," katanya kepada media.

Orang awam diminta melaporkan sebarang penglihatan mangsa atau objek di sekitar kawasan berkenaan di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan: