Alcantara tak sesuai perkuat Liverpool

Alcantara disebut-sebut bakal menyertai Liverpool pada musim panas ini.
Alcantara disebut-sebut bakal menyertai Liverpool pada musim panas ini.
A
A
A

TONGGAK Bayern Munich, Thiago Alcantara tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan untuk membarisi jentera tengah Liverpool.

Legenda Liverpool, Steve Nicol berkata, Alcantara tidak sesuai dengan corak permainan yang digunakan pengendali The Reds, Jurgen Klopp, namun bukan bermakna pemain kelahiran Sepanyol itu tidak berkualiti.

"Saya berasakan dia adalah pemain yang berkualiti dan mampu melakukan hantaran. Malangnya, dia tidak sesuai untuk corak permainan Liverpool buat masa ini.

"Ya, dia seorang yang berkemampuan, tetapi dia juga memiliki dinamik yang tersendiri. Dia perlu kerap berlari, menutup ruang dan memerlukan tenaga dalam setiap perlawanan."

"Ia merupakan kemahiran dimiliki hampir setiap pemain tengah Liverpool. Tetapi Alcantara tidak mempunyai kemahiran itu.

"Dalam masa sama, jika membawanya masuk ke dalam pasukan, dia boleh bermain dalam Piala FA, Piala Liga, anda boleh membawanya masuk untuk beraksi selama 30 minit untuk melakukan hantaran," katanya.

Liverpool sebelum ini telah dikaitkan dengan Alcantara selepas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan pemain itu berhasrat berpindah ke kelab lain musim depan.

Pengendali Bayern, Hansi Flick turut menggalakkan pemain berusia 29 tahun itu menyertai kelah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liverpool antara destinasi utama bakal dituju Alcantara.

Artikel Berkaitan:

Alcantara telah beraksi dalam 38 perlawanan buat Bayern dan sebahagian daripada skuad The Bavarians yang melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan mengatasi Barcelona 8-2 awal pagi tadi.