Cuepacs mahu bincang lima tuntutan yang dipersetujui

Dr Mohd Sayuti (dua kiri), Nasir (tengah) dan Abdullah (dua, kanan) masing- masing menandatangani dokumen Perjanjian (Moa) dan menandatangani memorandum persefahaman (Mou) di antara Widad dengan USains dan Kesateria di Widad,Indera Mahkota hari ini.
Dr Mohd Sayuti (dua kiri), Nasir (tengah) dan Abdullah (dua, kanan) masing- masing menandatangani dokumen Perjanjian (Moa) dan menandatangani memorandum persefahaman (Mou) di antara Widad dengan USains dan Kesateria di Widad,Indera Mahkota hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan lima tuntutan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan kerajaan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, lima perkara itu ialah berkaitan gaji, pemendekan kenaikan pangkat 'time-based', gaji tambahan kepada guru gred 56, penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai dan Kadar Bantuan Sara Hidup Penjawat Awam (Cola) tambahan sebanyak RM50 sebulan.

Beliau memberitahu, sehingga kini ia tidak dilaksanakan walaupun keputusan dibuat selepas kajian, justifikasi dan perbincangan dengan Cuepacs.

"Kami mohon PM (Muhyiddin) sudi bertemu bagi membincangkan tuntutan itu dan penjelasan secara terus dapat dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian (Moa) dan Memorandum Persefahaman (Mou) di antara Widad Universiti College (WUC) dengan USains Holding Sdn Bhd dan Kesatuan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia (Kesateria) di WUC Indera Mahkota hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah WUC, Datuk Nasir Mat Dam, Naib Canselor WUD, Brigadier General (B), Profesor Datuk Dr Shohami Abdullah, Timbalan Naib Canselor Akademik WUC, Professor Dr Jamaludin Zainol, Timbalan Pengarah, Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia (USM) (USains), Dr Mohd Sayuti Hassan dan Presiden Kesateria, Abdullah Mohamed Shariff.

Sementara itu Nasir berkata, pihaknya terus komited memberi pendedahan kepada pelajar, tenaga pengajar di antara ketiga-tiga pihak apabila selepas perjanjian dengan USains dan Kesateria.

Katanya, kolaboratif berkenaan dilakukan supaya menjadi satu permulaan usahasama tiga-tiga pihak.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin ia akan memberi manfaat kepada semua khususnya Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) seluruh negara sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Kerjasama ini pasti akan membentuk satu pembolehubah bagi perkongsian strategik pada masa akan datang," katanya.