Empat warga asing ditahan bersama bot pukat tunda

Bot pukat tunda dikendalikan warga asing ditahan di Endau Johor semalam kerana melanggar syarat sah lesen perikanan.
Bot pukat tunda dikendalikan warga asing ditahan di Endau Johor semalam kerana melanggar syarat sah lesen perikanan.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan di Endau, Johor telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Maritim Tanjung Sedili petang semalam setelah didapati melanggar syarat sah lesen perikanan.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot nelayan tempatan Kelas C itu ditahan ketika sedang menunda pukat pada jam 1.50 petang di kedudukan 8.7 batu nautika timur Tanjung Balau.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan tersebut dikendali empat lelaki warga Indonesia termasuk tekong berumur 23 hingga 44 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mereka bersama bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

"Mereka didapati melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika, yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya.

"Kes juga boleh disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana kru bot tiada pas kerja serta telah tamat tempoh pas lawatan dan boleh didenda tidak kurang RM10 ribu atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan: