Stor hotel terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah stor di sebuah hotel di Jalan Maharajalela di sini pagi tadi.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah stor di sebuah hotel di Jalan Maharajalela di sini pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan enam lelaki dan dua wanita yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik hotel di Jalan Maharajalela pagi tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran bilik yang dijadikan stor di aras satu kira-kira jam 11.42 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh.

"Kebakaran membabitkan 90 peratus sebuah bilik bangunan hotel tiga tingkat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

"Tiga mangsa diselamatkan melalui tangga dalam bangunan, dua mangsa menggunakan jentera manakala tiga lagi berjaya keluar dengan sendiri," katanya.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 12.32 tengah hari dan padam sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari manakala punca kejadian masih disiasat.

Artikel Berkaitan: