X

Kindly register in order to view this article
!

31 NGO, 9 ahli Parlimen kutuk keputusan UAE

Penduduk Palestin menghadiri tunjuk perasaan di Genting Gaza bagi membantah perjanjian damai UAE-Israel.
A
A

SHAH ALAM - Gabungan 31 badan bukan kerajaan (NGO) dan sembilan ahli Parlimen hari ini mengutuk sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka berkata, pendirian itu perlu dikutuk kerana telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin yang sedang berusaha untuk mendapat keadilan dan kebebasan.

"Ketika momentum semakin meningkat di dunia untuk memboikot negara apartheid Israel, keputusan UAE adalah sangat memalukan, menyedihkan dan layak mendapat kritikan dan kecaman dari semua pihak terutama sekali negara Islam yang lain.

"Usaha menteri luar UAE untuk mengelabui hasrat sebenar keputusannya itu dengan mengatakan ianya bertujuan untuk menghentikan pengihlakan atau rampasan tanah Palestin di Tebing Barat oleh Israel benar-benar menyedihkan.

"Kepalsuan dan kelemahan hujahnya jelas apabila kita melihat reaksi marah semua pihak Palestin termasuk Pihak Berkuasa Palestin (PA), Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Gerakan Hamas. Tambahan pula rejim Zionis sendiri telah menjelaskan bahawa mereka masih merancang untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat.

"Oleh itu, alasan yang diberikan oleh menteri luar UAE hanya berjaya untuk menampakkan kebodohan dirinya sendiri sahaja," katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

31 NGO yang mengeluarkan kenyataan bersama itu terdiri BDS Malaysia, Palestine Scholars Association Abroad in Southeast Asia, Malaysian Women Coalition for Al Quds and Palestine (MWCQP), SEJAGAT Malaysia, National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM),Malaysian Consultative Council Islamic Organizations dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Lain-lain NGO adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Al Quds Foundation Malaysia (QFM), Muslim Care Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Asia WE, International Movement for a Just World (JUST), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, MediCOM Malaysia, HARMONI, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Palestinian Cultural Organization of Malaysia (PCOM).

Selain itu, Citizens International, Palestinian Progressive Association Malaysia (PPAM), Movement for Monetary Justice - Malaysia, Ummatic Mission Relief of Malaysia (UMRM), SALIMAH (Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia), HUMANE (UniSZA Society for Humanity), MyCARE (Humanitarian Care Malaysia), MRA ( Malaysian Relief Agency), Stand Up Flashmob (SUF), CAKNA PALESTIN dan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).

Dalam pada itu, sembilan ahli Parlimen yang turut mengeluarkan kenyataan bersama adalah, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!