X

Kindly register in order to view this article
!

'Sedia ke mahkamah jika ada bukti rasuah'

Mohamaddin Ketapi - Foto Bernama
A
A

LAHAD DATU - Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi meminta pihak yang mengaitkan dirinya dengan kes rasuah bekas setiausaha sulit kanannya agar mengemukakan bukti berdokumen.

Beliau turut bersedia dibawa ke mahkamah jika ada bukti mengenai perkara itu.

"... jika ada bukti kemukakan fail, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Warisan Sabah bagi sayap Wanita, Wira dan Wirawati Bahagian Lahad Datu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini mengenai bekas pegawai kanan bekas seorang menteri dan tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta yang dibayar sebuah syarikat untuk mendapatkan projek kementerian yang diterajui Mohamaddin.

Perintah reman hingga 19 Ogos itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu turut berkata, beliau menerima ancaman dan juga 'tawaran' selepas isu setiausaha sulit kanannya dicari oleh SPRM dilaporkan oleh media.

Media pada 12 Jun lepas melaporkan SPRM menjejaki suspek bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek pengiklanan di kementerian tersebut bernilai RM90 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!