Penyertaan Bersatu, teras politik nasional yang stabil: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persetujuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) memungkinkan gabungan terbabit menjadi teras politik nasional yang stabil berasaskan kepelbagaian kaum, fahaman dan agama, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, penyatuan tersebut akan melengkapkan kerangka penyatuan dan perpaduan orang Melayu.

Beliau turut memanjatkan kesyukuran atas pengumuman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal pagi tadi bahawa Bersatu telah bersetuju untuk menyertai MN, sebuah gabungan UMNO dan Pas, yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.

"Syukur Alhamdulillah...Muafakat Nasional membawa berkat. Masa terbaik ummah disatupadukan. Tolak politik benci dan tolak politik pecah belah...kita berpadu barulah kita memerintah...khidmat untuk semua kaum dan bangsa," katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Perdana Menteri dalam perutusan sempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020 yang dimuat naik melalui sebuah video di laman Facebooknya berkata, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - Bernama

Artikel Berkaitan: