X

Kindly register in order to view this article
!

Adik bongsu Trump kritikal

Adik bongsu Trump, Robert (kiri) kritikal ditempatkan di hospital. -Foto AP
A
A

NEW YORK - Adik bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) dilapor berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Manhattan, New York.

Donald Trump yang lebih tua dua tahun dari Robert, 72, dijangka melawat adiknya itu hari ini, lapor jurucakap White House.

Bagaimanapun, White House tidak mendedahkan sebab dan punca Robert dirawat di hospital.

"Donald memiliki hubungan yang sangat baik dengan Robert dan adiknya itu cukup istimewa buat Presiden AS," menurut kenyataan tersebut.

Donald mempunyai empat adik-beradik dan abang sulungnya, Fred Trump Jr meninggal dunia pada 1981 ketika berusia 43 tahun akibat tabiat alkohol.

Robert sebelum ini bekerja dengan abang sulungnya di Trump Organisation.

Beliau baru-baru ini memfailkan tuntutan undang-undang bagi pihak keluarganya berhubung penerbitan buku berjudul Too Much and Never Enough.

Donald mendakwa buku yang ditulis oleh anak saudaranya Mary Trump melanggar perjanjian yang ditandatanganinya sebelum ini berkaitan penyelesaian kewangan yang diterima daripada keluarga Trump.

Mary merupakan anak kepada abang sulung Donald, Fred Trump Jr.

Tiada ahli keluarga yang hadir pada malam Fred Trump menghembuskan nafas terakhir di hospital dan menurut Mary, Donald ketika itu sedang menonton wayang dengan adik-beradiknya yang lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!