Bersatu Rembau terbuka terima Tok Mat bertanding

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

REMBAU - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Rembau, bersikap terbuka sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan ingin bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Bahagian Bersatu Rembau, Bakly Baba berkata, pihaknya menerima sesiapa sahaja calon asalkan individu itu adalah daripada gabungan Muafakat Nasional.

"Walaupun kita tahu Tok Mat pernah kata tak nak bersama dalam Perikatan Nasional namun, itu semua hanya di mulut sahaja, kita pun tak pasti lagi masa hadapan bagaimana.

"Meskipun Bersatu tidak menang mana-mana kerusi DUN dan pembahagian kerusi di Negeri Sembilan juga belum lagi dibincangkan, namun kita berharap pertimbangan untuk memberi kerusi kepada Bersatu adalah perlu bagi mengimbangi suasana politik semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Persidangan Armada Bahagian Rembau di Rantau dekat sini hari ini.

Hadir sama, Naib Ketua Bersatu Bahagian Rembau, Datuk Ramly Awaluddin; Setiausaha Bersatu Bahagian Rembau, Zaharuddin Mohd Zaki dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Rembau, Muhammad Firdaus Mohd Rashid.

Pada persidangan tersebut, seramai 19 ahli perwakilan Armada Bahagian Rembau melakukan pemilihan bagi calon Majlis Pimpinan Tertinggi Armada Pusat.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Mohammad yang juga Timbalan Presiden UMNO berhasrat untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 ini.

Artikel Berkaitan: