X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas Kedah serah senarai nama calon PRU15

1.Khairil Nizam (duduk tengah) pada sidang media di Kompleks Pas Kedah hari ini. Turut kelihatan Nurul Amin (duduk kanan).
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah telah menyerahkan senarai nama calon Pemudanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ) di negeri ini.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, senarai nama tersebut telah diserahkan kepada pihaknya bersama kawasan yang bakal ditandingi untuk penilaian secara menyeluruh.

Menurutnya, senarai nama akhir daripada Pemuda Pas akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk dimuktamadkan dan nama-nama itu akan diumumkan apabila tarikh PRU15 telah ditetapkan.

"Pas Pusat yang akan memuktamadkan nama calon akhir dan akan membuat pengumuman. Jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat Pemuda Pas dan Pemuda Pas Kedah telah bersiap sedia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Kedah kali ke-54 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar hari ini.

Ulas Khairil Nizam lagi, jika calon tersebut layak, surat rasmi akan dikeluarkan kepada Pemuda Pas negeri masing-masing.

Hadir sama Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat dan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid.

ARTIKEL BERKAITAN: Agihan kerusi PN sudah 50 peratus, kata Abdul Hadi

Semalam, Sinar Harian melaporkan proses rundingan agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) untuk PRU15 sudah melebihi tahap 50 peratus.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, calon dan kawasan yang ditandingi belum lagi ditentukan buat masa ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!