X

Kindly register in order to view this article
!

'Tunggu keputusan siasatan SPRM'

Haris Kasim
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan melindungi pegawai dan penguat kuasa yang disyaki terlibat rasuah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan jika ada yang disyaki.

"Kita akan tunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan termasuk berkaitan pertukaran mereka selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Penyusunan Semula Peniaga Serta Penjaja di Kawasan Bandar Baru Sungai Buloh di Dewan Meranti di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM

Kes judi Sungai Buloh: SPRM tahan pegawai MBSA

Terdahulu, Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram.

Penahanan itu menjadikan seramai sembilan penguatkuasa MBSA ditahan SPRM sejak operasi khas dijalankan susulan pembongkaran premis perniagaan haram di Sungai Buloh menjadi tular di media sosial.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!