X

Kindly register in order to view this article
!

Pengalaman Willian sangat berharga buat Arsenal

Willian
A
A

PERPINDAHAN Willian dari Chelsea ke Arsenal disifatkan sebagai situasi menang-menang kepada kedua-dua kelab London itu dalam jangka masa panjang.

Pemain tengah Brazil itu secara rasmi disahkan pemain Gunners apabila menandatangani kontrak tiga tahun dengan gaji 220,000 pound seminggu bersama kelab London itu.

Menurut legenda Liverpool, John Barnes, The Gunners berjaya melengkapkan pengrekrutan pemain berusia 32 tahun itu tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi.

Sementara Chelsea pula menurutnya, tidak lagi terikat dengan kontrak jangka panjang pemain berusia itu yang sebelum ini.

“Saya sangat menyukai Willian sebagai pemain dan terkejut dengan apa yang berlaku kerana saya fikir dia antara pemain terbaik Chelsea tahun ini.

"Tetapi dia berusia 32 tahun dan Arsenal pula dalam situasi memerlukan pemain berpengalaman untuk mengisi posisi tertentu kelab, dan dengan jelas dia layak menggalas tanggungjawab berkenaan.

"Ini petanda yang baik untuk Arsenal tapi saya percaya tidak semestinya Willian tidak bagus untuk Chelsea kerana mereka mempunyai lebih pilihan di sana.

"Tetapi untuk Arsenal, ia sesuatu yang baik bagi jangka pendek atau jangka panjang," katanya.

Willian yang mendakap lima kejuaraan selama lima musim bersama The Blues mengambil keputusan meninggalkan Stamford Bridge secara percuma setelah ditawarkan kontrak dua tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!