Rasuah: Bekas SUSK bekas menteri, tunang direman

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.
Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim kepada kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Menurut sumber, wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.
Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

Terdahulu, kedua-dua pasangan itu ditahan pada jam 5.45 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Terdahulu suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi memakai pakaian lokap SPRM.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia secara request for proposal bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.